Wednesday, September 18, 2019

Bab 1: Konsep Budaya

Definisi Budaya
·       Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal.
·       Perkataan ‘culture’ dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan.
·       Pengertian umum kebudayaan- seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
·       Takrif Kamus Dewan- kebudayaan membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
·       Buku ‘Modern Dictionary of Sociology’- merujuk kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
·       Rumusan takrif- kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun.

Elemen Budaya
Contoh elemen material ialah rumah tradisional melayu. Rumah-rumah tradisional melayu telah diwarisi semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk rumah tradisional melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim. Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina rumah tradisional melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung dan bertiang. Rumah tradisional melayu dibina demikian kerana memberi laluan untuk pengedaran udara. Rumah tradisional melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

          Bentuk rumah tradisional melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata. Ini menunjukkan bahawa perubahan bahan dan alatan yang digunakan adalah untuk mengukuhkan lagi setiap binaan tanpa megubah budaya terdahulu.


Contoh elemen bukan material ialah adat masyarakat melayu. Adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir,pegangan hidup serta amalan sesuatu  masyarakat. Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan dan  seterusnya kebiasaan tersebut akan menjadi adat yang diterima secara bersama-sama  oleh masyarakat. Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat  yang mendukungnya tanpa paksaan. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus.

          Contoh adat yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat ialah adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat perpatih diamalkan oleh masyarakat melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.


Ciri-ciri Kebudayaan Melayu







JOM TONTON VIDEO DI BAWAH :)
Adat dan Budaya Masyarakat Melayu



Konsep Asimilasi, Akulturasi, Akomodasi


Tekan link di bawah↴

Mari jawab soalan...
Klik di sini
http://quizizz.com/admin/quiz/5d8388b2652ed4001c133cae?studentShare=true