Definisi Budaya
· Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit,
buddhayah iaitu kata jamak yang
berasal daripada perkataan buddhi yang
membawa maksud budi dan akal.
· Perkataan ‘culture’ dalam bahasa Inggeris
diambil daripada bahasa Latin, colore yang
bererti mengolah dan mengerjakan.
· Pengertian umum kebudayaan- seluruh cara hidup
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi
daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
· Takrif Kamus Dewan- kebudayaan membawa maksud
cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
· Buku ‘Modern Dictionary of Sociology’- merujuk
kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia meliputi kehidupan kelompok
yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
· Rumusan takrif- kebudayaan merupakan keseluruhan
cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan
ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian
besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun temurun.
Elemen Budaya
Contoh elemen material
ialah rumah tradisional melayu. Rumah-rumah tradisional melayu telah diwarisi
semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk rumah tradisional melayu
dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim. Iklim adalah
perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina rumah tradisional
melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun
dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung dan bertiang.
Rumah tradisional melayu dibina demikian kerana memberi laluan untuk pengedaran
udara. Rumah tradisional melayu yang bertiang dapat mengelak daripada
ditenggelami air apabila berlaku banjir.
Bentuk rumah tradisional melayu ini telah mengalami
perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai
tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu,
atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau
batang nibung telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting
untuk bumbung dan simen serta batu bata. Ini menunjukkan bahawa perubahan bahan
dan alatan yang digunakan adalah untuk mengukuhkan lagi setiap binaan tanpa
megubah budaya terdahulu.
Contoh
elemen bukan material ialah adat masyarakat melayu. Adat istiadat ialah sistem
nilai yang berhubung dengan cara berfikir,pegangan hidup serta amalan
sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan dan
seterusnya kebiasaan tersebut akan menjadi adat yang diterima secara
bersama-sama oleh masyarakat. Adat
menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang mendukungnya tanpa paksaan. Adat ialah
peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakat sehingga
menjadi hukum dan peraturan yang harus.
Contoh adat yang masih diamalkan oleh
segelintir masyarakat ialah adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat perpatih
diamalkan oleh masyarakat melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep
demokrasi dan muafakat. Oleh itu rajanya bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini
juga, pewarisan harta diutamakan kepada anak perempuan. Adat Temenggung menjadi
amalan masyarakat Melayu seluruh semenanjung kecuali Negeri Sembilan. Adat ini
menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Selain
itu, adat ini turut mendapat pengaruh yang banyak daripada agama Islam.
JOM TONTON VIDEO DI BAWAH :)
Adat dan Budaya Masyarakat Melayu
Konsep Asimilasi, Akulturasi, Akomodasi
Tekan link di bawah↴
Mari jawab soalan...
Klik di sini
http://quizizz.com/admin/quiz/5d8388b2652ed4001c133cae?studentShare=true